Mesti anda semua pernah makan dan dengan nama masakan ni kan? Sedap kan. So apa kata kali ni kita buat sendiri Ayam Masak Ungkep ni. Cuba tau.

Ni resepi legend ni. Selamat menjamu selera ye. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Che Eda.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam secukupnya.
  • Serai 2 Batang yang dititik.
  • 3 ulas bawang merah yang ditumbuk.
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk.
  • Kunyit Hidup sebesar ibu jari yang ditumbuk.
  • Cili padi secukupya dan ditumbuk.
  • Ketumbar Paket Kecil. Rendam dulu supaya senang untuk ditumbuk.
  • Kunyit Serbuk 1 Sudu.
  • Asam Jawa 1 Sudu Makan dan jadikan air.
  • Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup Periuk hingga ayam masak.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat.
  4. Tunggu sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.