Kami kongsikan kepada anda menu untuk minum petang anda iaitu Pulut Serunding Kelapa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hajjah Napsiah Hj Abd. Malek. Terima kasih.

Bahan – bahan untuk Inti Serunding Kelapa:

  • 2 biji kelapa parut.
  • 1 mangkuk cili kering yang dikisar.
  • 2 labu bawang besar *.
  • 4 ulas bawang putih *.
  • 6 – 8 batang serai *.
  • 1 genggam ikan bilis.
  • 2 1/2 cawan gula.
  • 1 1/2 sudu besar garam kasar.
  • Sedikit perasa.

Cara – caranya:

  1. Semua bahan bertanda * dihiris dan dikisar bersama ikan bilis.
  2. Masukkan semua bahan dslsm kuali dan biar sehingga inti kelapa pedas kering. Siap dan ketepikan.

Bahan – bahan untuk Pulut Tanpa Santan:

  • 1/2 kg beras pulut dibasuh bersih dan toskan.
  • 3 ½ cawan air.
  • 1 sudu kecil garam kasar.
  • 4 sudu minyak masak.

Cara – caranya:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak. Saya guna rice cooker je.
  2. Bila pulut dah nak kering. Baru masukkan minyak masak. Kacau dan biar pulut masak sepenuhnya.
  3. Tekap pulut dengan acuan dan gaul rata dengan inti kelapa pedas atau serunding kelapa.
  4. Pulut serunding kelapa siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.