Ada lauk sardin tak laku. Ingat nak buat karipap sardin. Tapi malas nak kelim bagai.

Maka terjadilah SARDIN ROLL ni. Alhamdulillah, buat macam ni baru laku sardin dekat rumah.

Buat inti sardin macam biasa. Nak tambah ubi kentang pun ikut suka. Ketepikan, sementara tu kita sediakan bahan buat kulit sardin roll.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung beras.
  • 2 sudu besar marjerin.
  • Sedikit garam.
  • Air sejuk dari penapis air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan tepung dan garam kemudian gaul dengan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan air sejuk sedikit-sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan.
  3. Rehatkan doh selama lebih kuranh 15 minit. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
  4. Roll nipis-nipis memanjang, hujungnya toreh toreh sikit. Lihat pada gambar.
  5. Isi inti dan gulungkan sampai abis. Goreng sardin roll dan sedia dihidangkan panas panas.


Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Masz. Terima kasih.