Nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat kek span vanilla super gebu dan ringan sangat. Tak percaya anda boleh cuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 biji telur ayam gred b.
  • 1 cawan gula.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan minyak jagung.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 1 sudu besar ovalett.
  • 2 sudu besar susu tepung.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.

Cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan telur ayam, gula, esen vanilla dan ovalett dan pukul sehingga betul-betul kembang gebu dan putih.
  2. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder dan susu tepung.
  3. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan pula susu pekat dan minyak jagung. Pukul lagi sehingga adunan menjadi sebati.
  5. Panaskan oven dulu. Jangan lupa sapukan butter sedikit pada loyang yang ingin digunakan. Saya guna loyang bersaiz 8 inci.
  6. Boleh mula bakar pada suhu 165 darjah selama 40 hingga 45 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba.