Sambal ayam penyet memang sedap. Nak nak bila dimakan bersama ayam goreng dan nasi panas. Perghh. Jadi kali ni kami nak kongsikan resepi oleh Resepi Juwita ini untuk ada cuba. Resepi ni memang terbaik dan sedappp.

Sedap sangat-sangat dan tak perlu beli kat kedai dah. Resepinya mudah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tomato yang dibelah 4.
  • Cili besar secukupnya.
  • Cili padi secukupnya.
  • Belacan secukupmya.
  • Ikan bilis segenggam.
  • Minyak masak.

Saya memang takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.

Cara-cara untuk membuatnya pula:

  1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
  2. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan. Goreng sehingga layu.
  3. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
  4. Saya punya ni saya guna hand blender. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
  5. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah.

Selamat mencuba semua.