Cara untuk membuat Ayam Goreng Style Nasi Kukus. Rangup dan berjus ketika dinikmati!

Cara untuk membuat Ayam Goreng Style Nasi Kukus. Rangup dan berjus ketika dinikmati! Sebab ada habuk-habuk dia tu, nampak macam sama pula saya tengok dengan orang jual tu kan. Tapi apa pun memang sedap. Jom cuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Dani J Tang. Terima kasih.

Bahan A:

  • Setengah ekor ayam.

Cuci bersih & rebus separuh masak. Angkat & toskan

Bahan B:

  • Sebiji bawang merah besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 batang serai.
  • Serbuk kunyit.
  • Serbuk kari ikan & daging atau pilih mana suka.
  • Sedikit Halia jika suka.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Sambal Belimbing Buluh yang pastinya memikat dan membuka selera anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan kuali, panaskan minyak masak.
  2. Kisar halus kesemua bahan B diatas. Kemudian, letak dalam bekas dan masukkan garam lebih sikit dari kita goreng ayam kunyit biasa. Perap ayam kita tadi sekurangnya 30 minit. Lagi lama, lagi elok dan sedap. Kunyit & kari sukatan letak ikut kesesuaian lah ye.
  3. Goreng ayam sehingga masak. Jangan lama sangat ye sebab ayam kita dan separuh masak. Tujuan dia saya rebus dulu supaya ayam & rencah saya tu tak de la rentung sangat bila di goreng. Maklum la tak pakar. Hehehehe. Kalau ade daun kari lagi best.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Kobis Gulung yang sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.