Nak buat Cucur Udang anda Rangup dan menyelerakan? Kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuatnya. Senang je, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Resepi ni telah dikongsikan oleh Puan Farah Farhana. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung gandum – 2 cawan.
  • Tepung beras – hampir2 1 cawan.
  • Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh).
  • Udang kecil.
  • Ikan bilis – segenggam.
  • Bawang merah dimayang nipis – 3 ulas.
  • Daun kucai.
  • Serbuk kunyit.
  • Garam.
  • Air secukupnya.
  • Minyak masak.

Cara-cara untuk membuat Cucur Udang yang Rangup:

  1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong manakala Udang kecil dibuang kepalanya.
  2. Kemudian ambil satu magkuk besar dan masukkan kesemua tepung gandum dan tepung beras.
  3. Masukkan garam / serbuk pati ayam dan gaulkan kering tanpa air.
  4. Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang dan ikan bilis. Masukkan juga serbuk kunyit.
  5. Masukkan pula bawang dan daun kucai. Masukkan air agak-agak je supaya adunan tidak terlalu lembik. Gaulkan biar sekata warna dan bahan didalamnya.
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali supaya dia jatuh meleper dan jadi nipis.
  7. Bila dah masak, angkat dan toskan cucur dan bolehlah dihidangkan panas-panas. Cicah pula dengan cili sos. Perghh sedapnya.

Selamat mencuba.