Assalamualaikum. sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball. Sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula. Memang sangat kenyal dan sama macam yang dibeli dikedai. Yang pasti dan sahih ianya bersih, suci dan halal serta sangat menjimatkan kos sebab semuanya kita buat sendiri.

Bahan-bahan untuk membuat Fishcake adalah:

  • 500 gram isi ikan tenggiri segar.
  • 3 sudu kecil tepung jagung.
  • 1 sudu kecil garam. Pastikan anda rasa supaya ianya secukup rasa.
  • Sedikit ajinomoto jika perlu.
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah.
  • 1 cawan air sejuk dari ais.

Sedikit tips, anda boleh tukar ikan tenggiri dengan fish fillet tapi jangan tambah lagi air sebab fish fillet memang dan ada kandungan air. Boleh abaikan sukatan air tu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Isi ikan tenggiri tadi diambil. Ingat hanya isi je tau. Kulit boleh la kita buang dan kisar halus menggunakan blender atau food processor.
  2. Kemudian masukkan sedikit air ais dan sambung kisar lagi. Bila dah puas hati baru masukkan garam serta serbuk lada putih termasuk ajinomoto jika perlu secukup rasa semuanya.
  3. Sambung kisar lagi baru masukkan 3 sudu tepung jagung. Sambung kisar balik.
  4. Jangan lupa sambil buat kerja tadi tu panaskan sekali periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang tu biarlah yang boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.
  5. Masukkan adunan yang kita kisar tadi tadi dalam bekas / loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. Ratakan serta padatkannya. Sapukan seditkit minyak dengan jari untuk licinkan permukaan bahan kisar tadi.
  6. Kukus hingga masak dalam anggaran 15 – 20 minit.
  7. Bila dah masak, potong isi ikan yang dah masak tadi mengikut betuk fishcake. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan terendam sekejap sehingga bertukar warna kuning keemasan.
  8. Angkat dan toskan minyak, Siap untuk disimpan ataupun dimakan.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali. Terima kasih.