Rasanya semua dah reti buat kuih keria kan?? Yang sis buat ni dah macam donut menyamar jadi kuih keria nampaknya.

Ni nk share resepi keria bagi yang tak biasa buat, kalau dah reti nanti bole serve kat suami confirm dia double triple sayang . Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji ubi keledek oren/kuning sederhana besar (rebus & lenyek).
  • 1 sudu besar tepung beras.
  • Tepung gandum secukupnya.

Cara membuatnya:

  1. Satukan bahan-bahan di atas dan gaul sebati. Adunan jangan lembut dan jangan keras sangat ya.
  2. Ambil sebiji doh, dibulatkan & dibentuk seperti kuih keria, buat lubang ditengahnya.
  3. Panaskan minyak dan goreng kuih keria, balik-balikkan hingga warna keperangan. Kemudian angkat dan ketepikan.

Cara untuk membuat siranya:

  1. Gunakan 5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air. Masakkan gula yang telah ditambah air tadi sehingga gula pekat & berbuih-buih.
  2. Masukkan kuih keria tadi dan dikacau rata. Terus dikacau sehingga sehingga kerak gula melekat di keria anda.
  3. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.