Sedapnya la kuih peneram ni. Biasa saya beli dipasar malam je. Kali ni kita cuba buat sendiri pulak la ya. Resepi ni resepi orang tua-tua dulu. Saya adjust guna cara saya untuk kurangkan manis. Selamat mencuba ya. Terima kasih CT Liz Kitchen untuk resepi dan gambar ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawan tepung beras cap 3 Gajah.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan gula merah.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 2 cawan air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan air yang ditambah gula diatas api hingga mendidih dan meruwap berbuih.
  2. Tapiskan air gula tadi dan masukkan sedikit demi sedikit air gula panas ke dalam tepung. Gaul sebati sehingga menjadi tali apabila ditarik baru stopkan masuk air gula tadi.
  3. Perapkan adunan tadi selama lebih kurang 2 hari. Adunan akan menggelembung. Itu tandanya adunan sempurna.
  4. Uli sekejap. Tekapkan dengan acuan dan goreng dalam minyak panas api sederhana.

Selamat mencuba.