Kami nak kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kuih Perut Ayam atau Kuih Telinga. Mesti ada yang pernah makan kan. Jom cuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Saudi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg Tepung Gandum.
  • 1 peket Tepung Jagung 300 gram.
  • 1 peket serbuk santan segera.
  • 1 biji telur ayam gred B.
  • 1/2 cawan gula yang telah dilarutkan dengan 1 1/2 cawan air suam.
  • 2 cawan marjerin.

Cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk santan di dalam bekas. Buat lubang di tengah.
  2. Kemudian masukkan telur. Gaulkan hingga sebati. Kemudian tuangkan margarine yang dah cair ke dalam bekas tepung. Gaul lagi.
  3. Tuangkan air suam bergula tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di jari.
  4. Gunakan mesin pasta utk meleperkan doh dan kemudian gunakan mesin yang sama utk ‘memotong’ adunan tersebut seperti saiz kuey teow.
  5. Potong dalam anggaran 5 inci atau pun ikut kesesuaian. Bentukkan la seperti dalam gambar dan goreng sehingga masak keemasan.

Selamat mencuba!