Kuih Kesukaan saya ni zaman kecil dahulu. Sekarang susah nak jumpa. Kuih Tepung Pasung atau lebih dikenali dengan nama kuih serunai sangat popular di pantai timur samada kelantan, pahang dan terengganu dan memang sesuai dimakan diwaktu pagi atau diwaktu petang

Puan Tahrunnisah Jalil ada berkongsi cara dan resepi untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Pertama sekali kena sediakan kelongsong dia. Saiz 14cm X 14cm dan layurkan dulu atas api dan ikut step kat video yang saya share dibawah.

Bahan dan cara membuat untuk Bahagian Bawah:

  • 2 sudu besar gula*.
  • 1 1/2 ketul nisang atau gula melaka *.
  • 1 2/3 cawan air (350ml – 400ml)*.
  • 1 helai daun pandan disimpul*.
  • 40 gram tepung beras.
  • 20 gram tepung ubi.
  • 1 sudu kecil air kapur.

Didihkan bahan yang bertanda * kemudian tapiskan dan biarkan sejuk. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur dan kacau sebati. Kemudian, Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental barulah ditutup api.

Bahan dan cara membuat untuk Bahagian Atas:

  • 1 1/2 cawan santan pekat.
  • 2 1/2 sudu besar tepung beras.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu kecil garam (anggaran).
  • 1 sudu kecil gula.

Campur kesemua bahan diatas dan didihkan atas api serta kacau sehingga sedikit kental. Dah siap dua-dua bahan ni. Tempat pengukus kita perlu panaskan dan kelongsong daun pisang dimasukkan ke dalam lubang-lubang pengukus

Masukkan adunan bawah 3/4 penuh dan kukus selama lebih kurang 7 minit atau hingga masak. Masukkan pula bahagian atas dan kukus kembali dalam tempoh 12 hingga 15 minit.

Bila dah siap boleh la dihidangkan. Selamat mencuba.