Harini aku nak share dengan korang STEP BY STEP Resipi Mee Goreng Basah yang senang, simple dan mudah. Terima kasih kepada Puan Ieda Roslida.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebungkus Mee kuning dibilas dan ditoskan airnya.
  • 10 ekor Sotong dibersihkan dan dipotong dan ditoskan airnya.
  • 1 Paket Fish ball.
  • 1 ikat Sayur sawi jepun.
  • 1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6.
  • 4 sudu besar Cili kisar.
  • 5 sudu besar Sos cili.
  • 1 sudu besar Sos tiram.
  • 1 sudu besar Sos ikan.
  • 1 sudu besar kicap pekat.
  • 5 sudu besar Kicap manis.
  • 2 sudu besar Kicap mee.
  • 1 cawan kecil air putih.
  • 2 sudu besar Minyak masak untuk menumis.

Bahan-bahan tumbuk:

  • 10 biji Cili api.
  • 3 ulas bawang putih.

Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak 2 sudu besar. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
  2. Kemudian, masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball.
  3. Masukkan air putih 1 cawan kecil dan Masak dan kacau-kacau bagi sebati. Kemudian, masukkan sayur dan kacau lagi. Selepas tu masukkan mee kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak
  4. Siap untuk dihidangkan. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji. Sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup.