Ni resepi untuk pulut sekaya tu deh. Saya tulis sini la senang sebab ramai tanya resepi untuk membuatnya. Terima kasih kepada Suhaini Mohamad untuk resepi pulut sekaya ni. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan A:

  • 5 keping Nise / Gula Kabung.
  • 1 cawan air.
  • 2 helai daun pandan.
  • 1/2 cawan gula.

Bahan-bahan B:

  • 1/2 kg beras pulut dan direndam selama sejam.
  • 1 cawan santan.
  • Secubit garam.
  • 2 sudu besar gula.
  • Air secukup rasa.

Bahan-bahan C:

  • 10 biji telur gred A.
  • 3/4 cawan santan.
  • 2 Sudu Besar tepung gandum.
  • Sedikit perasa vanila.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kesemua bahan A sehingga cair dan sejukkan.
  2. Satukan bahan B dan kacau sedikit biar ianya rata. Kemudian kukuskan sehingga masak. Selepas masak kacau-kacau kan adunan tadi supaya sekata dan mampatkan pulut menggunakan sudu didalam loyang atau bekas yang ingin digunakan.
  3. Satukan bahan A dan bahan C kemudian kacau-kacau sehingga adunan menjadi sebati. Kacau guna whisk je tak perlu blender.
  4. Akhir sekali masukkan bahan A dan C yang telah sebati tadi ke atas pulut yang telah dilenyek. Kemdian kukuskan selama 45 minit sehingga masak. Selamat mencuba.