Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat masak Sambal Tofu Telur Masam Manis. Biasa kita makan goreng ataupun berkuah telur kan. Apa kata anda cuba pula resepi ini.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Wati Radin Othman. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 paket tofu telur.
  • 1 biji telur.
  • 3 sudu makan cili kering kisar.
  • Sos cili secukupnya.
  • Sos tiram secukupnya.
  • Garam, gula dan perasa secukupnya.

Bahan yang perlu dihiris halus:

  • 2 biji bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Sedikit halia.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji cili merah.
  • 2-3 biji cili padi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Buka plastik tofu dan hiris bulat. Kemudian bilas dengan air. Pecahkan telur dan pukul. Tambahkan sedikit garam serta perasa.
  2. Rendam tofu dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. Kemudian goreng hingga keperangan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi. Bila bawang telah layu masukkan cili kering kisar. Masak seketika hingga cili masak dan barulah masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  4. Bila dah garing perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sebati.
  5. Masukkan tofu yang digoreng tadi. Kacau rata.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.