Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Kata beliau;

Lama dah tak buat kuih tepung talam lembut gedik ni. Sekali sekala makan sedap jugak.  Saya kongsikan resipi cara saya untuk anda yang nak cuba buat dipersilakan.

Untuk Bahagian Bawah:

  • 1 cawan gula merah.
  • 3 sudu besar gula putih.
  • 1 cawan air

Kesemua bahan diatas disatukan dan dimasak sehingga larut kemudian tapiskan dan letak tepi.

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung ubi.
  • 1½ cawan air.

Campurkan semua bahan termasuk air gula tadi dan kisarkan kemudian tapis. Tuangkan adunan tadi ke dalam periuk dan kacau diatas api lebih kurang 2 hingga 3 minit menggunakan api yang perlahan. Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu kemudian kukuskan lebih kurang 15 minit untuk yang menggunakan loyang dan 8 minit untuk yang menggunakan acuan.

Untuk Bahagian Atas:

  • ½ cawan tepung beras.
  • 1½ cawan santan pekat.
  •  ½ sudu kecil garam.

Campurkan keemua bahan dan kisarkan kemudian tapis. Tuangkan adunan tadi ke dalam periuk dan kacau diatas api selama lebih kurang 2 hingga 3 minit diatas api perlahan macam yang bahagian bawah tadi. Bila dah siap, tuangkan adunan tadi diatas lapisan bawah dan kukuskan selama lebih kurang  20 hingga 25 minit bagi yang menggunakan loyang atau 10 hingga 15 minit bagi yang menggunakan acuan.

Selamat mencuba.