Kali ni kami nak kongsikan kepada anda minuman yang menyegarkan badan. Boleh la cuba ya Air Lemon Pudina / Lemon Pudina Laici ni. Cara ini telah dikongsikan oleh Nur Hanisah Kamaludin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daun pudina Secukupnya.
  • 4 biji Buah Lemon.
  • 100g pati Sunquick.
  • 100g Serbuk Asam Knor.
  • 1 Liter air gula.
  • 2 liter air kosong.
  • 1 liter air panas.
  • Air Batu secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan 3 biji buah lemon bersama 2 liter air kosong. Tapiskan air kisar tadi untuk ambil air sahaja dan hampasnya dimasukkan kedalam bekas air. Kemudian baru masukkan 1 liter air gula.
  2. Masukkan sekali pati Sunquick dan serbuk asam knor bersama-sama 1 liter air panas. Kacau dan masukkan kedalam bekas air lemon tadi.
  3. Masukkan air batu, pati air lemon, air kosong secukupnya, 1 biji lemon yang telah hiris nipis dan daun pudina. Kacau kesemuanya sehingga sebati dan sesuaikan rasanya.
  4. Siap untuk minum. Apa yang penting, gunakan bahan segar. Jangan sesekali kedekut bahan. Gunakan asam boi putih.

Selamat mencuba.