Mungkin ada antara anda dah biasa makan Asam Pedas Ikan Mayong ni kan. So kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara dan sedikit tips untuk membuat Resepi Asam Pedas Telur Ikan Mayong ni.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahamed. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 ketul ikan mayong yang telah dibasuh bersih.
  • 3 biji bawang merah.
  • 1 biji bawang putih.
  • 2 cm halia.
  • 1 mangkuk cili kering kisar.
  • 3 cm belacan.
  • 2 cm kunyit hidup.
  • 1 sudu besar lada hitam.

Bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam dikisar bersama sehingga lumat.

  • 1 sudu teh halba.
  • Sedikit daun kesum.
  • Sayur bendi atau terung.
  • Air asam jawa.
  • Garam, gula dan minyak untuk menumis secukupnya.

Cara-cara untuk memasak:

  • Pertama sekali panaskan minyak untuk menumis. Masukkan halba. Bila dah nampak macam dah kekuningan terus masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  • Masak sampai bahan kisar tadi garing dan masak. Masak sampai merecik-recik sambal tu.
  • Dah garing, masukkan pula gula seckup rasa. Jangan manis sangat. Kemudian baru masukkan daun kesum.
  • Masukkan telur ikan dan kacau-kacau sedikit kemudian baru masukkan air asam jawa. Banyaknya air asam jawa tu bergantung kesukaan anda nak buat kuah cair atau pekat. Kalau cair sangat tak sedap pulak.
  • Akhir sekali masukkan sayur bendi atau terusn. Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Biarkan mendidih hingga puas hari rasanya dan tutup api.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.

Tips untuk mencuci Telur Ikan Mayong.

  • Basuh telur dengan air asam jawa atau sedikit kapur dan rendamkan seketika untuk hilangkn bau hanyir telur ikan mayong.
  • Cuci bersih dan rebuskan telur ikan mayong bersama asam keping dengan api sederhana.
  • Cuci sekali lagi dan toskan telur ikan mayong tadi.
  • Boleh dimasukan terus ke dalam masakan.