Ayam kukus kicap ringkas je harini. Pedas sikit, halia, lada hitam, cili padi. Pastu limau kasturi hiris-hiris halus. Masam, masin, manis. Makan dengan nasi air, telur dadar ngam sangat ni.

Ringkas je cara saya. Kuantiti bahan ikut sesuai selera ye.

1. Ayam bahagian peha penuh, cuci bersih. Saya buang tulang dan toskan airnya.

2. Hiriskan halia dan bawang putih. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Saya tumis sampai dia bertukar keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Masukkan ayam dalam minyak, biar dalam 1 hingga 2 minit. Kemudian terbalikkan ayam biar masak sisi satu lagi tu juga dalam 1 hingga 2 minit. Api besar hati-hati. Letak penutup sebab nanti ayam meletup-letup. Jangan lama-lama goreng nanti hangus. Nak terus kukus pun boleh, tapi saya lebih suka aroma tumis tu.

4. Sediakan mangkuk. Masukkan garam, kicap manis, sos tiram kalau suka, minyak bijan, lada hitam, chicken seasoning. Kacau semua bahan tadi bagi sebati dan perap ayam sekurangnya selama 30 minit. Nak letak kicap masin sikit pun boleh.

5. Panaskan air kukusan dan kukus ayam sehingga masak.

6. Dah masak ayam tu. Angkat dan hiris ayam menjadi kepingan, tuang kicap manis sikit di atasnya. Hiriskan cili padi dan buah limau kasturi kemudian tabur atas ayam.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Dani.