Sebagai posting pertama, kami nak kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kerabu Megi Siam yang memang sedap la. Saya kalau ada menu ni kat kedai memang saya order.

Jadi kali ni kami nak kongsikan resepinya untuk anda semua cuba. Semoga bermanfaat resepi dari Encik Shah Shantry ni ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Meggi siam serda atau apa-apa megi pun boleh.
  • Udang, sotong dan ayam secukupnya.
  • Kobis dan carrot.
  • Bawang besar atau bawang holland.
  • Cili padi, Tomato, dan Daun ketumbar secukupnya.
  • Perahan air limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
  • Kicap sotong thai.
  • Sedikit gula.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Didihkan air. Dah menggelegak masukkan sotong diikuti udang. Rebus dan celur bahan tadi sampai masak. Kemudian celur megi gunakan air rebusan yang sama kemudian toskan airnya.
  2. Sayur-sayur di atas dihiris ikut suka tetapi saiz mesti sama. Maksudnya kalau hiris memanjang, semua memanjang. Kalau dadu semua dadu.
  3. Dalam mangkuk yang lain pula, masukkan perahan jus limau, sos kicap sotong, gula , sedikit air rebusan dan perencah megi tu. Kacau sehingga gula melarut. Perencah boleh kurangkan sikit kuantitinya jika suka rasa sekadar ada. Takut masin pulak nanti. Contoh, Kalau buat 2 bungkus megi, perencah guna 1 atau 1½ je dah cukup.
  4. Masukkan megi yang telah dicelur tadi dalam mangkuk yang besar. Masukkan sotong, udang yang juga telah dicelur tadi.
  5. Curahankan sos yang kita buat di step ketiga ke dalam mangkuk besar sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan pula bahan-bahan hirisan dan selang selikan dengan sos. Kacau rata. Nak tuang dan gaul sekaligus pun boleh juga.
  6. Sesuaikan rasa dan Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba.