Resepi dan cara untuk membuat Muruku Mentega yang rangup dan sedap. Terima kasih Puan Pari Malar Thoraisingam.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung beras disangai.
  • 1/4 cawan tepung urad dhal disangai.
  • 1 sudu besar lemuju disangai.
  • 1/2 sudu besar jintan putih disangai.
  • 4 sudu besar bijan putih disangai.
  • 1 cawan santan pekat panaskan bersama 1 sudu besar garam hingga suam.
  • 3 sudu besar mentega.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Adun bahan kering bersama mentega. Gunakan sudu dan campurkan santan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan lembut. Jika ada santan berlebihan simpan, hanya gunakan yang perlu sahaja.
  2. Tekan gunakan acuan.
  3. Cairkan mentega untuk goreng muruku. Dan goreg muruku sehingga bertukar warna keperangan. Siap.