Resepi ni Untuk 5 hingga 6 ketul ayam. Tips pertama, sediakan bahan di bawah. Tengok bahan mesti ada yang tak pernah letak kan. Takpa cuba dulu. Nanti mesti kawan terpana dengan kesedapannya.

Resepi ni adalah resepi Cikgu Afy ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 hingga 4 biji bawang merah bersaiz syiling 20 sen.
  • 1 ulas bawang putih.
  • Sehiris nipis lengkuas.
  • Sehiris halia.
  • Dua hiris nipis serai.
  • Secubit ketumbar.
  • Secubit jintan manis.

Cara untuk membuatnya adalah:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi. Biar betul-betul garing.
  2. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar. Atau sesekali cikgu masukkan serbuk cili Baba’s.
  3. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan. Nak guna jenama apa dari sana pun terpulang. Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan.
  4. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa iaitu secubit asam jawa ditambah secawan air kosong.
  5. Masukkan perasa peringkat pertama; 1/2 relung nisse kampung (manisan) dan secubit dua garam bukit.
  6. Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak. Langkah ini pun penting untuk pastikan rupa gulai cantik.
  7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
  9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai. Tips menambahkan rasa sedap gulai.
  10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

Selamat mencuba semua. Boleh ikuti fb cikgu untuk rahsia masakan lain yang sedap. Semoga bermanfaat.