Assalamualaikum semua peminat karipap pusing rangup hingga ke petang. Memang best karipap ni. Semoga resepi ni dapat dijadikan panduan dan dimanfaatkan bersama. Resepi asal oleh Puan Tahrunnisah Jali dan gambar oleh Puan Ijahoney. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Doh A (Minyak);

  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar shortening.
  • 2 sudu besar marjerin/butter.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Doh B (tepung);

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan.
  • 1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais.
  • 1 sudu kecil garam.
  • dan sedikit gula.
  • Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga. Nak buat 4 set pun boleh.
  2. Bulat Bulatkan doh. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan. Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut. Bulatkan kesemua doh dan biarkan selama 10 minit.
  3. Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
  4. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali. Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
  5. Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letakkan inti dan kelim tepi karipap.
  6. Kemudian boleh goreng sehingga masak.