Kami kongsikan kepada anda menu wajib yang mesti ada waktu kenduri. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tengku Noruakmal. Kata beliau;

Resepi Ayam Masak Merah ni mudah dan sedap! Sehingga menjilat jari la sudahnya. Dah 5 kali ulang resepi ni sejak pkp dulu. Padu habis anak-anak cakap!

Bahan-bahan diperlukan adalah:

  • Ayam setengah ekor yang telah digoreng terlebih dahulu.
  • 3 sudu besar Cili Giling.
  • 1/2 batang Kulit Kayu Manis.
  • 3 ulas Bawang Putih dikisar.
  • 1/2 inci Halia dikisar.
  • 2 biji Bawang Merah Besar dikisar.
  • 1/2 inci Lengkuas dikisar.
  • Sos cili, Sos Tomato dan Pes Tomato.
  • Garam dan gula.
  • 1 labu bawang besar kuning dihiris bulat.
  • Daun bawang dihiris.
  • 1 Pati kiub ayam.
  • Gula melaka sepotong kecil.
  • Air asam jawa.
  • Sedikit Kerisik jika suka.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling sehingga garing dan kegelapan. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia, bawang merah besar dan lengkuas sehingga betul betul garing dan bertukar warna sedikit gelap.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili, pes tomato dan garam serta gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
  3. Taburkan bawang dan daun bawang yang dihiris. Gaulkan kesemuanya hingga sebati. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Apa beza Pes tomato dan Sos Tomato? Pes tomato letak banyak tak masam, macam sos tomato. So nak sedap lebihkan pes tomato dari sos tomato.