Ada penggemar kerabu tak kat ini? Kecur air liur bila dok teringat kerabu. Kali ni nak kongsikan kepada anda resepi kerabu pembuka selera iaitu Kerabu Udang masam, manis dan pedas untuk anda cuba sebagai menu makan malam dan tengahari anda.

Terima kasih kepada Puan Qema Fazri kerana berkongsi resepi sedap ini kepada semua.

Bahan utama yang diperlukan adalah:

Isi udang yang dicelur. Kupas dan tinggalkan janggut bersama ekor sahaja. Boleh juga guna seafood lain yang sudah dicelur

Bahan untuk membuat sos kerabu:

  • Cili api yang ditumbuk lumat secukupnya mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  • 2 biji limau nipis diambil jusnya sahaja.
  • Serbuk cili kering kasar.
  • Halia muda dicincang halus.
  • Daun ketumbar dicincang halus.
  • Gula perang Jika ada. gula putih pun boleh.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan sebati semua bahan sos diatas. Perasakan dengan garam. Boleh juga letak sos ikan kalau ada dan jika suka.
  2. Kemudian, gaul sebati bersama udang atau seafood lain yang anda inginkan.
  3. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas atau diratah begitu sahaja. Selamat mencuba.