Nampak macam kek batik kan tapi bukan tau. Ini adalah resepi untuk membuat puding biskut marie. Rasa macam kek batik cuma tekstur puding.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Biskut marie original.
  • Serbuk agar-agar 10 gram.
  • 2 1/2 cawan air.
  • 1 cawan fresh milk / susu cair.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 biji telur.
  • 120 gram butter.
  • 3 sudu besar serbuk koko.
  • 12 sudu besar milo.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Blendkan fresh milk, susu pekat, telur dan tepung kastard sehingga sebati. Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
  2. Masakkan serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis. Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko dan milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api.
  4. Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik barulah dituangkan adunan puding. Buat nipis saja.
  5. Susunkan biskut marie kemudian tuang lagi adunan puding. Ulang-ulang sampai adunan puding habis.
  6. Sejukkan baru potong untuk dihidangkan seterusnya dimakan. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen. Terima kasih.