Salam perkenalan semua. Berdebar sebab baru 1st time nak post kat sini. Ramai yang dah terror masak kat dalam ni. Sape yang cara dia masak sama dengan zie sep sikit.

Zie nak kongsi resepi sambal sotong cara zie. Kalau nak buat sambal sotong ni, pastikan hari korang rajin nak kemas dapur. Kalau tak, korang akan stress tengok lantai dengan dinding.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Haziraida Md Isa. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram sotong.
  • 3 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 13 biji cili kering. Saya guna cili kering yang besar-besar tu sebab yang ni tak pedas jadi anak-anak boleh makan. Kalau suka pedas, boleh tukar guna cili kering yang halus kerinting tu, tapi bilangan cili kena double la sebab yang tu kecil-kecil.
  • Sedikit air asam jawa.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pertama sekali kena siang sotong. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti waktu masuk dalam sambal, sotong cepat kecut dan keluarkan air yang banyak jadi sambal akan berkuah dan sotong jadi keras. Biasa kalau beli sotong yang kecil tu, saya tak potong pun terus buat seekor-seekor. Yang kecil ni biasa banyak yang ada telur kat dalam.
  2. Dah siap potong, wajib toskan dulu sotong tu sebab tak nak ada air. Selesai bab sotong, kita masuk bab sambal pulak ye. Panjang betul penerangan pasal sotong. Tapi ni penting sebab tak nak sambal yang berkuah.
  3. Rebus cili kering tadi dan kisarkan bagi supaya betul-betul lumat. Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih dan kisarkan sekejap je sebab tak nak terlalu lumat.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisarkan tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak dan pecah minyak ye. Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama.
  5. Masukkan sotong, garam dan gula. Bila dah masuk sotong, masak sekejap sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.

Dah siap dah masak, Selamat mencuba ye kawan-kawan.