Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat sup gearbox yang mudah dan ringkas dalam kuantiti yang sedikit. Cukup la untuk buat lepas gian menyedut sum-sum tu. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shuhada Are-da. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tulang Lembu / daging lembu.
  • Halia 2 inci – diketuk.
  • Bawang putih 3-4 ulas – dihiris.
  • Bawang merah 2-3 biji – dihiris.
  • Sup bunjut – 2 bungkus
  • Rempah 4 sekawan : buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
  • Lada hitam – ditumbuk separuh lumat/halus.
  • Garam kasar.
  • Bawang goreng.
  • Limau nipis.
  • Daun sup.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus tulang / daging hingga empuk selama lebih kurang 2 jam. Sedikit tips untuk cepat empuk boleh masukkan biji kurma 3 atau 5 atau 7 biji kedalam rebusan tulang / daging.
  2. Dalam kuali yang lain, tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan bahan yang ditumis dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang / daging di dapur satu lagi.
  4. Masukkan lada hitam dan sup bunjut kedalam rebusan tulang / daging.
  5. Perasakan dengan garam kasar. Kemudian masukkan sedikit daun sup dan bawang goreng. Tutup periuk dan tutup api dapur.
  6. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gearbox tu.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.