Salah satu lauk tengahari tadi. Sup ikan merah, hirup kuah panas-panas memang power la. Beli kat kedai mahal dan pastinya tak cukup. Bila buat sendiri senang je dan boleh tambah lauknya. Saya share resipi kat bawah ni ya. Selamat mencuba.

Sup ikan merah memang sedap dan aromanya sangat menyelerakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan MamaMia MamaMia. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan merah dicuci bersih, potong dan rendam dgn air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir.
  • 1 paket sup ikan Adabi.
  • 1 kiub pati ikan bilis.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam.
  • 1 sudu teh serbuk lada putih.
  • 1 biji ubi kentang dipotong 4.
  • 1/2 batang karot dipotong memanjang.
  • Daun sup secukupnya.
  • 5 biji tomato ceri.

Bahan dibawah ini perlu dikisar halus ya:

  • 3 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi dan warna menjadi kekuningan.
  2. Masukkan rempah sup ikan, ubi kentang dan karot serta sedikit air. Tutup periuk sekejap untuk bagi sayur tadi empuk.
  3. Bila kentang dah empuk masukkan air secukupnya termasuk kiub ikan bilis beserta ikan.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan tomato ceri. Biarkan sup kita tadi mendidih seketika. Boleh sesuaikan rasa dan tutup api lepas tu.
  5. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Siap untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba.