Resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Pulao bersama beras Basmathi. Sedap dan menyelerakan.

Hari nie try masak Chicken Pulao. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Rasa nak lompat-lompat pulak. Saya dah edit resepi ye. Selamat mencuba semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Uya Masbah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 sudu besar minyak sapi.
  • 2 biji bawang besar dihiris.
  • 10 biji cili dipotong kecil.
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk sekali dengan halia.
  • Sedikit Halia.
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 2 sudu kecil jintan putih.
  • Kayu manis.
  • 2 sudu kecil lada hitam ditumbuk.
  • Sedikit garam.
  • Daun sup secukupnya.
  • 1 kg beras basmathi.
  • 1 ekor ayam dipotong sederhana dan digoreng 3 hingga 4minit. Goreng kosong je tak perlu letak apa-apa.
Baca juga :  Dah jemu makan nasi biasa. Apa kata anda semua cuba Nasi Jagung yang sesuai untuk dimakan bersama pelbagai lauk ini!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang besar dengan minyak sapi sampai keperangan. Masukkan halia dan bawang putih yang dah ditumbuk. Masak sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan 1 cawan air, Tomato, lada dan kacau sekejap hingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan lada hitam, kayu manis, serbuk kari, serbuk kunyit, garam, jintan putih. Masak sampai tomato hancur & pecah minyak.  Seterusnya, masukkan daun sup dan kacau lagi.
  4. Masukkan ayam. Potong sederhana tau ayam tu. Kemudian, kacau bagi rata je. Jangan kacau kuat sangat nanti ayam hancur.
  5. Masukkan air. Saya sukat 1 kg beras bersamaan 1 1/2 kg air. Timbang air tu bukan sukat ml. Ratakan beras dan tutup periuk serta slowkan api. Masak 15 hingga 20 minit sebab saya guna dapur gas.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Ayam Claypot

Dah Siap, boleh la dihidangkan. Hidangan ni cukup untuk 10 orang makan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.