Cara-cara untuk membuat Kerabu Mempelam yang bakal mengecurkan air liur anda. Enak sangat!

Cara-cara untuk membuat Kerabu Mempelam yang bakal mengecurkan air liur anda. Enak sangat! Resepi ini telah dikongsikan oleh Anas Hafizullah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Mempelam muda (3 biji).
  • Daun kesum secukupnya.
  • Bunga kantan (1 batang).
  • Serai (1 batang).
  • Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan).
  • Bawang merah (3 ulas) dan Bawang besar (1 biji).
  • Cili merah (1 biji) dan Cili padi (4 biji).
  • Udang kering (2 sudu).
  • Sos ikan (1 sudu).
  • Jus limau nipis (1 sudu).
  • Gula (secukup rasa).
  • Garam (secukup rasa).
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerang Pedas Sos Tiram Berempah. Meratah macam tu je pun sedar-sedar dah habis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potong mempelam muda halus memanjang.
  2. Kemudian, campurkan mempelam dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.
  3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.
  4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.
  5. Masukkan mempelam ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.
  6. Gaul sebati dan hidang.
Baca juga :  Resepi Mango Cheesecake

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.