Cara-cara untuk membuat Mee Celup Thai. Setiap hirupan dan suapan pasti mengasyikkan selera anda!

Cara-cara untuk membuat Mee Celup Thai. Setiap hirupan dan suapan pasti mengasyikkan selera anda! Bagi yang nak merasa, boleh cuba resepi yang telah dikongsikan dibawah ini. #resepimicelupbyalyaa

  1. Tumis bawang putih, bawang merah. rempah 4 sekawan, serai, halia, lada hitam bulat 1/2 sudu.
  2. Bila dah garing masukkan air sup atau air rebusan ayam/daging secukupnya. Masukkan 2 ketul sup bunjut. Kemudian, masukkan 2 inci halia yang telah diketuk bersama batang ketumbar. Biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Seterusnya, masukkan daging/ayam dan biarkan ianya mendidih lagi. Bila dah mendidih angkat daging/ayam dan masukkan kicap pekat bersama sos ikan, garam, gula & aji secukup rasa.
  4. Masukkan bebola daging/ayam dan masak sampai lembut dan empuk.
Baca juga :  Resepi Mi Goreng Tersedap ala-ala Mi Sotong Hameed Pata Penang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang perlu ada ketika nak makan Mi Celup:

  • Cili padi bersama air kisarnya sekali kemudian perasakan dengan garam, gula & perahan limau 1 sudu.
  • Cili jeruk dan Limau Nipis dipotong kecil.
  • Cili flakes dan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar.
  • Lobak masin, Kangkung, daun sup dan taugeh.

Cara untuk membuat air cili:

  1. Kisarkan cili padi dan cili masak bersama bawang putih.
  2. Masukkan kedalam mangkuk dan masuk sedikit gula dan garam. Seimbangkan rasa dan dah siap!
Baca juga :  Resepi Daging Masak Merah. Sesuai dijadikan menu makan malam anda.

Tips nak jadikan makin sedap:

Kisarkan 3 labu bawang putih jeruk kemudian masukkan dalam sup! Kisar bawang putih jeruk tu dengan air jeruknya sekali tau. Ya Allah sedap sangat!! Jangan lupa share kepada rakan-rakan yang lain ye. Janga lupa like page MY – Resepi untuk resepi yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.