Cara dan Resepi Kuih Lapis Thailand

Kuih Lapis Thailand atau nama kat sana Khanom Chan Rainbow. Resepi dari Instagram cheta_78 / Zaimah Zakaria. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 150 gm tepung ubi.
  • 40 gm tepung beras.
  • 400 gm santan pekat.
  • 200 gm air.
  • 180 gm gula.
  • Secubit garam.
  • 2 atau 3 helai daun pandan.

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan santan pekat, air, gula dan daun pandan. Jangan sampai mendidih, cukup sekadar untuk hancurkan gula kemudian barulah disejukkan.
  2. Apabila dan suam-suam sikit, masukkan tepung ubi, tepung beras dan garam kemudian kacau hingga sebati. Kalau masih berketul tapis.
  3. Bahagikan kepada beberapa bekas untuk letak warna. Kalau guna loyang lapik loyang dengan plastik, kalau guna Pyrex hanya sapu minyak sahaja untuk mengelakkan ianya melekat.
  4. Kukus selapis-selapis untuk setiap warna dengan menggunakan api yang sederhana. Lapisan terakhir kukus selama 15 minit.
  5. Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru dipotong. Untuk medapatkan potongan yang licin dan cantik, letakkan plastik kat pisau sebelum memotong. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.