Cara untuk membuat Kek Pavlova paling mudah dan cepat. Sesuai untuk suasana minum petang yang santai.

Cara untuk membuat Kek Pavlova paling mudah dan cepat. Sesuai untuk suasana minum petang yang santai. Ni adalah Pavlova pertama saya buat dan Resepi ni memang senang je nak membuatnya semudah ABC.

Terima kasih kepada Puan Nurul Ashikin yang berkongsi resepi ini. Selamat mencuba.

Resepinya ada saya sertakan dibawah. Selamat mencuba ya semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji putih telur.
  • 1 cawan gula castor.
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • 1 sudu teh cuka.
  • 1 sudu teh esen Vanila.
  • Bahan-bahan cream:
  • 1 cawan whipped Cream.
  • 1/2 cawan gula ising.
  • Buah-buahan yang masam (starwberry, grape dan kiwi).
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Coklat Moist Kukus. Ringkas, mudah dan enak!

Cara untuk membuatnya:

  1. Pastikan bowl dan pemutar kering dan tak berminyak. Pastikan juga ianya bersih supaya pavlova cantik.
  2. Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk (nak test dah ok atau tak terbalik atas kepala dan tak jatuh).
  3. Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kaup balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari tau. Sambil tu panaskan oven pada suhu 150 darjah selama lebih kurang 15 minit.
  4. Bakar pada suhu 140 darjah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit. Selepas masak biarkan di dslsm oven yang terbuka sikit sehingga sejuk.
  5. Pukul whipped cream and ising sugar sehingga kembang.
  6. Layerkan dengan whipped cream dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Siap! Senangkan?
Baca juga :  Cara membuat Korean Garlic Cheese Bun Viral yang sedap

Selamat Mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh  By Mama Aisyuna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.