Siapa suka makan Kuey Teow Theng? Jangan risau, kami kongsikan kepada anda cara untuk membuatnya!

Tak boleh rentas negeri nak balik Penang makan koteow theng huhu. Tapi jangan risau cukup bahan boleh buat sendiri je. Berikut adalah bahan yang diperlukan dan resepi untuk membuatnya.

Selamat mencuba.

Untuk membuat Supnya.

  1. Rebus Air kosong dalam periuk.
  2. Masukkan ayam bahagian tulang-tulang Dan juga bahagian dada.
  3. Masukkan sengkuang kecil sebiji potong 4/5.
  4. Masukkan 4 biji kecil gula batu, garam, lada Putih, kuib pati ayam seketul.
  5. Biarkan semuanya mendidih Dan ayam empuk.
  6. Keluarkan Dada ayam biarkan sejuk Dan carik2kan isinya
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Daging masak padprik / paprik yang sangat menggiurkan.

Untuk membuat Minyak bawang putih.

  1. cincang bawang Putih selabu.
  2. Panaskan 4 sudu besar minyak.
  3. Masukkan bawang Putih cincang kacau2 sehingga bawang garing. Asingkan dalam bekas

Untuk membuat Sambal.

  1. Panaskan 3 sudu besar Minyak masak.
  2. Masukkan sesenduk besar cili kering yg diblend dengan bawang besar.
  3. Masukkan 2sb serbuk cili kering babas dan sedikit air.
  4. Biar mendidih masukkan gula Dan garam.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan kering.

Bahan-bahan condiments lain.

  1. Fish cake Dan bebola ikan bilas dengan Air panas. Hiris halus.
  2. Daun bawang Dan sup.
  3. Kuey teow yang telah dibilas Air panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Jering yang sangat sedap. Semestinya bertambah-tambah selera anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Hafizah Yusoff.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.