Cara dan resepi untuk membuat Pajeri Terung. Menu kenduri yang sentiasa dirindui!

Siap masak pajeri terung untuk lunch. Masak awal sikit supaya kuah tu dengan terung beramah mesra. Korang kalau makan pajeri terung ni kawankan dengan apa selalunya? Kalau ada gelama masam sedap jugak kan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Khas Fena. Terima kasih. Resepi Pajeri Terung.

Bahan bahan:

  • 4 biji terung panjang, setiap satu tu belah dua, lepastu belah tengah jangan sampai putus.

Bancuhan kari paste:

  • 2 ulas bawang putih*.
  • 2 ulas bawang merah*.
  • 1/2 inci halia*.
  • 3 sudu makan serbuk kari daging/ayam.

Tumbuk bahan bertanda * kemudian campurkan dengan serbuk kari, letak air sikit untuk jadikan bancuhan.



Bahan tumis:

  • 2 ulas bawang putih dihiris.
  • 2 ulas bawang merah dihiris.
  • 1 inci halia dipotong mancis.
  • Daun kari.
  • 4 sekawan.
  • 1 sudu makan udang kering ditumbuk halus.
Baca juga :  Cara untuk membuat Terung masak Tauchu Kicap Pedas. Konfem anda akan suka!

Bahan lain:

  • 1 sudu makan kerisik.
  • Air asam jawa.
  • 2 atau 3 sudu makan santan kotak @ suku cawan santan fresh pekat.
  • 1/2 ketul gula melaka.
  • 1/2 sudu makan gula pasir.
  • 1 sudu teh garam.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak lebih kurang setengah cawan. Tumiskan bahan tumis sampai garing.
  2. Masukkan bancuhan kari paste dan kacau sampai garing & pecah minyak. Masukkan terung, air sikit, masak sampai terung agak lembut.
  3. Masukkan gula melaka atau gula merah, air asam jawa sikit je jangan sampai masam. Lebih kurang 2 sudu makan air asam yang cair. Masuk garam, kerisik, santan.
  4. Biarkan api kecil sampai terung cukup masak, siap!
  5. Pastikan pajeri ni manis sikit baru sedap, kalau tak dia rasa macam kari biasa je. Tapi jangan sampai manis leting pulak. Udang kering buatkan pajeri lagi sedap, tapi kalau tak ada pun takpe. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Montok Gebu Ikan Bilis terlajak sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.