Resepu Lengkap Kuih Bingka Durian. Kuih lagenda ini memang sedap untuk minum petang anda!

Cara lengkap dan mudah untuk membuat Kuih Binga Durian. Musim durian ni boleh la kita buat kuih lagenda ini. Bingka durian ni saya una sukatan cawan sangat senang nak buat. Rasa memang sedap sangat. Jika ada yg nak resepi boleh cuba dibawah. Terima kasih kepada Puan Che Aziah Daud. Selamat memcuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan durian.
  • 6 cawan santan.
  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 3 biji telur ayam.
  • 2 camca besar minyak atau mentega.
  • Garam, sedikit pewarna kuning, sedikit bijan untuk hiasan.
Baca juga :  Resepi Bengkang Ubi Kayu yang menarik dan memikat selera kita semua.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan diatas kecuali bijam.
  2. Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak atau alaskan dengan daun pisang pun boleh.
  3. Bakar selama lebih kurang satu jam mengikut suhu oven masing-masing. Saya guna suhu 160 darjah.
  4. Bila dah masak sejukkan dulu baru dipotong. Saya tabur bijan bila kuih telah dibakar lebih kurang 10 minit baru tabur bijan. Baru bijan terletak cantik.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.