Cara lengkap untuk membuat Kulit Pizza yang boleh disimpan frozen. Gebu dan lembut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudi ke hadiahkan share untuk doh pizza gebu saya ni. Saya nak kongsikan cara untuk membuat kulit pizza yang boleh disimpan frozen. Boleh dapat 12 pcs kulit pizza. Gebu dan yang paling penting kita puas hati bila hasil kita menjadi.

Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Fatimah Loman K’moss. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gm tepung gandum dan 500 gm tepung roti.
  • 11 gm yis.
  • 60 gm minyak masak.
  • 25 gm gula pasir.
  • 1 biji telur ayam.
  • 590 gm air.
  • 1/2 sudu teh oregano.
  • 1 sudu teh garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Asas Doh Pizza dengan mudah

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. CampurkanĀ  kesemua bahan dalam bekas dan ulikan sampai ianya menjadi doh lembut dan tak lekat ditangan.
  2. Timbangkan doh berat 170 gram setiap satu. Kemudian, canai dan bulat-bulatkan. Gelek menggunakan penggelek doh.
  3. Biarkan adunan naik sekali ganda. Bila dah naik, bakar adunan pada suhu 175Ā°c anggaran selama 15 minit. Bergantung pada jenis oven.
  4. Nak guna kulit pizza ni ada dua cara yang saya guna. Cara 1; kulit pizza yang dah sedia untuk dibakar, hiaskan ikut selera masing dan terus bakar. Cara 2 pula; Bakar semua doh pizza. Bila nak makan keluarkan dari frozen dan letak hiasan / inti / isi yang sudah dimasak. Bakar sekejap untuk cairkan cheese je.
  5. Kalau nak kulit pizza nipis, kurangkan berat doh.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Hatyai. Rasa yang lain daripada ayam goreng biasa. Padu dan sedap!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.