Cara lengkap untuk membuat Mi Tarik dengan mudah dan senang. Sedap dalam setiap suapan!

Dulu saya suka sangat makan mi tarik. Setiap bulan mesti pergi makan mi tarik warisan asli. Lepastu belajar buat, siap beli mesin mi yang besi tu. Gigihkan. Lepastu terjumpa la resepi yang sangat simple, tak payah guna mesin bagai. Just potong je guna pisau.

Mi ni walaupon simple tapi sangat sedap, kenyal-kenyal dan tak muak. Anak-anak memang suka sangat. Kat sini share resepi dan cara untuk proses membuat mi tarik. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Baizura Abd Aziz. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi Murtabak Mini yang mudah dan cepat disediakan

Bahan-bahan untuk membuat Mi Tarik:

  • Tepung gandum 250 gram.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • Air secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Uli semua bahan diatas sehingga betul-betul sebati. Sehingga doh tidak melekat dijari kita. Rehatkan doh dalam plastik wrap atau plastik biasa selama 2 jam.
  2. Selepas itu, ambik doh dan gelek dengan penggelek kayu sehingga nipis. Sambil gelek sambil sapu tepung atas doh. Supaya tak melekat.
  3. Pastikan doh yang digelek betul-betul nipis dan gelek selebar yang mungkin.
  4. Selepas itu, lipat doh seperti dalam gambar nombor diatas. Dan potong halus-halus. Jangan terlalu besar. Nanti tak berapa sedap nak makan.
  5. Lepastu rebus mi yang dah dipotong tadi lebih kurang 2 hingga 3 minit. Pastikan air menggelegak dulu ya. Lepas dah masak boleh la dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Otak-otak ikan yang sangat berbaloi untuk anda cuba. Sedap sangat!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.