Cara lengkap untuk membuat Nasi Air Pantai Timur. Pasti tak cukup semangkuk nanti.

Cara lengkap untuk membuat Nasi Air Pantai Timur. Pasti tak cukup semangkuk nanti. Kesedapan dia jangan cerita la memang terbaik. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noremah Ahmad II. Terima kasih. Untuk anda semua, selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk membuat Sup atau kuah:

  • Sedikit minyak masak.
  • 10 ulas bawang putih diketuk.
  • 3 inci halia muda diketuk.
  • Akar daun sup.
  • Kicap secukupnya.
  • Daging atau isi ayam secukupnya.
  • Bebola daging.
  • 1 kiub pati ayam.
  • 2 sudu sos ikan.
  • 1 batang serai diketuk.
  • Air secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan ketuk sampai naik bau, masukkan air, akar daun sup, serai, daging, metball, kiub ayam, sos ikan dan kicap. Renehkan sehingga daging menjadi empuk.
  2. Apabila daging empuk. Perasakan dengan garam. Siap dan ketepikan.
Baca juga :  Cara membuat Ketupat Pulut Hitam. Makanan yang disukai oleh semua orang!

Bahan dan cara membuat Air cili:

  • Cili burung merah secukupnya.
  • Sedikit air.
  • Sedikit cuka.
  • 1 sudu besar garam dan gula.

Kisarkan semua bahan dan seimbangkan rasanya. Siap.

Cara dan bahan untuk membuat Minyak Bawang Putih:

  • 10 ulas bawang putih dipotong dadu.

Goreng bawang putih dengan minyak yang banyak dan goreng sampai bawang putih bertukar warna kepada kekuningan. Siap dan ketepikan.

Cara untuk membuat Cili Jeruk:

Boleh juga rujuk resepinya disini Cara untuk membuat Cili Jeruk yang rangup dan penambah rasa terbaik untuk makanan anda.

Lain-lain bahan tambahan penyedap dan pelengkap rasa:

Hirisan limau nipis, Ikan bilis goreng, Sayur yang telah di celur seperti kangkung dan sawi serta daun sup.

Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Rangup (Crispy Beef) bersama Nasi Bawang yang akan buat anda terliur!

Cara mengolah Nasi Air:

Kisarkan sekejap nasi kemudian masak atas dapur macam buat bubur nasi untuk anak. Dah siap. Jadi nak makan boleh la letakkan semua bahagian yang telah siap dimasak tadi dalam pinggan. Siap sudah nasi air kita. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.