Cara masak Nasi Kari Daging Tin

Tadi habis kerja lambat, lebih kurang jam 5.30 petang baru nak mula masak. Nasib baik ada stok kari daging tin. Saya ikut langkah yang resepi viral tu cuma saya tak letak tomato dan daun ketumbar sebab tiada. Susu sejat pula saya tukar susu tepung pun sebab tiada juga. Mudah dan jimat masa. Oleh kerana lauk ni lauk kering, saya buat lauk ayam kicap daun kari untuk kuah.

 

Bahan untuk membuat Nasi Kari Daging Tin:

  • 1 tin kari daging (jenama apa-apa pun boleh).
  • Ghee/planta/butter/minyak – saya guna planta.
  • Bawang besar.
  • Tomato.
  • Bunga lawang + cengkih + kayu manis + pelaga.
  • Susu sejat.
  • Beras basmathi.
  • Sedikit Garam.
  • Daun ketumbar untuk hiasan.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Daging masak padprik / paprik yang sangat menggiurkan.

 

  1. Caranya mudah sahaja. Mula-mula tumiskan bawang, tumis sekejap je kemudian masukkan rempah 4 beradik.
  2. Bila bawang dah mula layu, masukkan kari daging tin dan biarkan ianya mendidih.
  3. Selepas tu, boleh masukkan susu sejat pula dan biarkan mendidih kembali sekejap barulah dimasukkan beras basmathi, garam dan kacaukan supaya semua sebati.
  4. Tutup periuk dan tuggu sehingga nasi masak.

Siap. Selamat mencuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suzie Ali melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.