Cara membuat Air Asam Padu Ikan Bakar

Harini nak bermusafir, so kita masak sesiap berbekal makan tengah jalan. Baru boleh makan sedap dan jimat. Cheewaahh!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 ekor ikan selar (digaul garam kunyit dan dibakar bodo gitu je).
  • 2 biji bawang merah ditumbuk.
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu.
  • 4 biji cili hijau ditumbuk.
  • 4 biji cili hijau dipotong kecil.
  • 1/2 biji tomato dipotong dadu.
  • 8 biji limau kasturi.
  • Sedikit belacan.
  • Air asam jawa.
  • Cuka sedikit.
  • Garam dan gula.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bom berinti Sambal Ikan.

Cara penyediaannya:

  1. Ikan tadi cheyah gaul garam kunyit dah bakar guna pembakar ajaib je. Senang cepat.
  2. Untuk air asam, tumbukkan bawang merah, cili dan belacan. Tak perlu lumat janji hancur sikit.
  3. Masukkan dalam mangkuk. Tqmbah bahan yang dihiris. Masukkan air asam jawa, perah limau, masuk cuka dan last sekali masuk garam dan gula.
  4. Kacaulah sebati. Kalau air asam tak habis boleh simpan dalam peti ais. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.