Cara membuat Ayam Golek. Resepi yang sedap dan lengkap.

Salam semua. Saya kongsikan resepi ayam golek mak saya masa kami kecil-kecil dahulu. Boleh la masak untuk juadah berbuka dan hari raya nanti. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 ekor ayam bulat.
  • Cili kering kisar 5 sudu besar*.
  • 4 biji bawang besar kisar*.
  • 6 ulas bawang putih kisar*.
  • Halia 2 inci kisar*.
  • 1 tin (sederhana) tomato puree.
  • Santan 2 kotak kecil.
  • Serai 4 batang diketuk.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar gula melaka (hancurkan).
  • 1 sudu besar gula putih.
  • 2 sudu kecik garam (boleh tambah ikut rasa).
  • Bahan penumis – cengkih, kayu manis, biji pelaga, bunga lawang.
  • Bawang goreng untuk ditabur di atas ayam.
  • Minyak untuk menumis.
  • Serbuk perasa (optional).
Baca juga :  Cara untuk membuat Burger Ayam / Daging paling padu dalam dunia. Blackpepper ni memang padu!

Cara menyediakanya adalah seperti dibawah.

  1. Panaskan minyak dalam 1 senduk, dalam periuk besar yang bertutup dan boleh muat seekor ayam.
  2. Tumiskan bahan penumis, masukkan bahan-bahan kisar, serai ketuk dan goreng semua tadi sehingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan tambah air.
  4. Masukkan garam, gula, tomato puree, jintan dan semua baki bahan tadi.
  5. Dah mendidih, masukkan ayam. Pastikan kuah melepasi separuh badan ayam. Jangan sampai tenggelam pula ayam tu. Sebab nanti kena balik-balikkan.
  6. Tutup periuk dan biarkan masak dengan api sederhana. Bila ayam dah masak dan kuah dah memekat, boleh tutup api.
  7. Sediakan pinggan bersalad, letakkan ayam dan curahkan sikit kuah atasnya dan taburkan bawang goreng. Siap!
Baca juga :  Resepi Roti Kopi Ala-ala Paparoti. Rangup-rangup lembut dengan rasa mentega!

Selamat mencuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Intan Rohani Yusof melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.