Cara membuat dan Resepi Ipoh Hor Fun Soup

Ipoh hor fun soup atau kuey teow sup Ipoh. Bahan sup Chinese noodle ni sempoi yakmatttt tak perlukan sebiji bawang atau halia tapi manis dengan rasa udang danĀ  ikan bilis. Tu akak ada letak gambo bahan sup. Syok jer slurp supnya sampai kembung.

Bahan-bahan minyak udang (prawn oil):

  • 500g udang buang kepala dan kulit tinggalkan ekor (simpan kulit dan kepala).
  • 1 ekor ketam (optional) potong 4.
  • 1/3 cwn minyak masak.

Bahan-bahan sup:

  • 1 rangka ayam.
  • Segenggam ikan bilis.
  • 2 keping dada ayam.
  • 1/2 sdm serbuk lada putih.
  • 3 litre air.
  • Bahan perasa (seasoning).
  • Garam, gula dan 1/2 kiub bilis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sotong Kangkung berserta resepi sosnya yang memikat selera anda sekeluarga.

Bahan-bahan sampingan:

  • 500g kuey teow (hor fun) jenis kecil dicelur.
  • Segenggam taugeh dicelur.
  • Dada ayan dicarik-carik.
  • Fish cake / fish ball dicelur.
  • Bawang goreng.
  • Daun bawang.
  • Sambal kicap.
  • Chili flakes (optional)

Cara memasaknya:

  1. Didihkan bahan sup dan celur udang, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng kulit, kepala udang & ketam hingga minyak menjadi kemerahan & masukkan semua bahan prawn oil ini kedlm bahan sup.
  3. Didihkan sup dgn api perlahan selama 1/2 jam hingga 45min, kacau sekali sekala. Angkat & tapis semua. Simpan ketam & dada ayam utk dimkn bersama bahan sampingan.
  4. Perasakn dgn bahan perasa, jika ok tutup api.
  5. Hidangkan bersama bahan sampingan
Baca juga :  Cara untuk membuat Resepi Terung Sambal Cili Kering bercampur Udang. Menu tengahari anda yang padu!

Info: Boleh juga asingkan prawn oil makan kemudian bersama bahan sampingan. Beli bilis yang murah-murah siap disiang sebab bilis tu tak makan. Hanya untuk bagi penyedap kuah jer. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsi oleh Puan Keroroyz Royz. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.