Cara membuat Kerabu Kacang Botol yang sedap

KACANG BOTOL ACAH-ACAH KERABU. Balik dari kerja, terus kecah dapur sediakan menu makan malam. Cheyah terpandang pada kacang botol yang ada beberapa biji sahaja. Nak buat ulam pun rasa lemau, maka jadilah menu acah-acah kerabu tak cukup bahan.

Bahan hanya diperlukan semangkuk kacang botol, kelapa parut yang di goreng, udang kering, bawang merah, sedikit halia, serai, cili merah dan tomato.

Cara penyediaannya pula sangat ringkas. Serius sedap juga. Kalau nak best ada taugeh atau letak ikan rebus atau ikan bilis lagi cun. Selamat mencuba!

Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Kerabu Pucuk Paku. Pelengkap sajian yang terbaik!

Cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk bawang, udang kering dan belacan.
  2. Masukkan kelapa parut yang digoreng dan bahan ditumbuk tadi.
  3. Tambah sedikit garam, tomato ceri dan serai jika suka.
  4. Perah asam limau. Ini kalau nak masam kalau taknak takpe.

Taraaa siap dah. Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.