Cara membuat Kerabu Sotong Masam Manis Pedas yang menyelerakan.

Hari ini kita masak kerabu sotong. Kebetulan, dah ada stok sotong dalam peti, cuma tambah sayur-sayut yang segar je. Korang patut cuba sebab senang je nk buatnya.

Terima kasih kepada Puan Khadijah Jaafar untuk resepi yang sangat mudah dan sedap.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 ekor sotong saiz sederhana .
  • 2 biji buah pelam muda diracik halus.
  • 1 batang daun ketumbar dihiris kasar.
  • 1/2 bjiji bawang besar merah dihiris nipis.
  • 1/2 biji bawang besar holland dihiris nipis.
  • 1 biji cili merah/4 tangkai cili padi merah dihiris.
  • 1 biji cili hijau/4 tangkai cili padi hijau.
  • 10 biji tomato ceri dibelah dua.
  • 1 peket kecil suhun.
Baca juga :  Resepi Sotong Masak Hitam Pedas-pedas manis. Kegemaran anda sekeluarga!

Bahan-bahan untuk membuat sos kerabu:

  • 3 susu besar sos ikan.
  • 1 1/2 sudu besar gula perang.
  • 2 biji limau nipis – diambil jus.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian celurkan udang dalam 5 minit. Angkat dan toskan, supaya dapatkan keringkan sotong. Di dalam air rebusan yang sama celurkan suhun sehingga lembut. Angkat dan toskan.

2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar, sipaya mudah dikacau. Bahan sos disatukan dan dituangkan ke dalam bekas. Kemudian, rasa dan sesuaikan mengikut selera manis, masam, masin & pedasnya.

Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Sotong Paprik

3. Kemudian bila semuanya dah puas hati, bolehlah dihidangkan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.