Cara membuat Kulit Tart yang sangat rangup. Persiapan kuih raya anda pasti akan lebih cepat dan senang.

Sebelum hilang ntah mano cara membuat kulit tart. Baik simpan siap-siap. Selamat mencuba ya.

Bahan dan cara menyediakanya adalah:

  • 1/2 cawan butter.
  • 1/3 cawan gula ising/gula biasa.

Putarkan bahan diatas sehingga sebati, kemudian masukkan pula bahan-bahan dibawah:

  • 1/2 sudu kecil essen vanila.
  • 1 biji kuning telur.

Putar lagi sehingga sebati.

  1. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit 1 3/4 cawan tepung gandum dan Uli hingga jadi doh.
  2. Masukkan dalam acuan shell tart. Guna teknik masuk tekan untuk dapatkan kulit tart yang kemas.
  3. Bakar selama 20 minit pada suhu 160°C.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Buah Bakar yang sangat gebu dan sedap. Kudapan anda sekeluarga yang mudah disediakan.

Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Rapidah Nasharudin. Terima kasih.

One thought on “Cara membuat Kulit Tart yang sangat rangup. Persiapan kuih raya anda pasti akan lebih cepat dan senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.