Cara membuat Nasi Bukhari Sempoi

Hari ini kita masak masakan dari Timur tengah. Nasi Bukhari ayam. Tak ada rempah bukhari? Jangan risau kita buat sendiri saja rempahnya. Jom ke dapur!

Sediakan bahan-bahannya:

  • ½ ekor ayam di potong dan di goreng. (Letak garam dan serbuk kunyit sikit je).
  • 5 Cawan Beras Basmathi faiza

Bahan untuk menumis:

  • 3 Biji bawang besar (dimayang halus).
  • 10 ulas bawang putih (dimayang halus).
  • ½ inch halia (dimayang halus).
  • 2 sudu besar rempah kurma ayam.
  • 1 sudu kecil rempah kari.
  • ½ tin Tomato puree (250gm).
  • ½ cawan susu cair.
  • 150gm minyak sapi.
  • 1 kiub pati ayam.
  • garam secukup rasa.
  • Air mengikut sukatan beras.
  • 1 cawan beras = 1 cawan air.
Baca juga :  Resepi Spageti Carbonara Creamy

Langkahnya pula mudah:

  1. Cuci beras dan tos kan. Masukkan beras dan sukatan air ke dalam periuk nasi. (Boleh rendam seketika untuk bagi beras panjang). Taknak pun takpa.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah kurma dan puri tomato. Gaulkan.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan garam kan. Masukkan susu cair. Tunggu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Tekan suis rice cooker.
  4. Gaulkan dan tutup periuk nasi selama 5 minit. Kemudian masukkan ayam yg telah di goreng tadi. Gaulkan perlahan dan tutup. Tunggu hingga masak.
  5. Siap dihidang! Taburkan kismis, badam, dan gajus yg telah digoreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Bergedil Sambal Kicap

Ketika nasi masih panas. Gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu 2 mata untuk mengelakkan nasi hancur.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nurhayati Abd Malek melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.