Cara membuat Nasi Goreng Pataya. Dah tak payah makan di kedai sebab senang je nak buat!

Buat apa makan kat kedai kalau lebih jimat masak sendiri. Gittheww you. Cheyah nak kongsikan menu pagi tadi. Buat nasi goreng pataya senang sekali. Simple takpe asal rasa itu yang kena sedap sokmo. Eh!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 mangkuk nasi putih.
  • 2 biji telur.
  • 1 ketul dada ayam dipotong dadu.
  • 3 ulas bawang putih dicincang.
  • 1/3 biji lobak merah dipotong dadu.
  • 4-5 biji kacang buncis dipotong kecil.
  • 2 biji cili padi dipotong halus.
  • 2 sudu besar kicap cair.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Belacan Isi Ikan Goreng Terlajak sedap. Rasa sekali tambah nasi berkali-kali nanti!

Cara penyediaannya:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan ayam. Bila ayam dah separuh masak masukkan kicap. Kacau sebati.
  2. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sebati. Tambah sayur tadi dan taburkan sedikit garam. Kacau sebati bagi semua mesra dan sayur layu.
  3. Bancuhkan dua biji telur dengan secubit garam. Goreng dengan minyak yang sedikit. Gelekkan sehingga menjadi bulatan besar.
  4. Masukkan nasi ke dalam mangkuk dan letak di tengah-tengah telur. Tutup nasi dan terbalikkan ke atas pinggan. Dah siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Asam Pedas Ikan Tenggiri. Tengok gambar je pun dah kecur air liur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.