Cara Membuat Rempah Giling Yang Sedap Menggunakan Blender

Menu harini untuk mak, suami dan anak-anak. REMPAH GILING CARA SAYA..guna blender ja. Takde batu giling pun.

Rutin harian saya sebagai seorang anak, ibu dan isteri kadang-kadang pening kepala juga fikir nak masak apa hari ni. Tapi saya puas hati dapat siapkan juadah sebelum saya pergi kerja dengan anak kecik umur 9 bulan lagi. Memang masa rehat saya agak terhad tapi tak apa lah janji saya puas hati. Resepi saya sertakan yer.

Bahan yang diperlukan:

  • Cili kering ikut suka la, kalau suka pedas letak lebih skit. Kena rebus dulu yer.
  • 1 sdb jintan manis.
  • 1 sdb jintan putih.
  • 1 sdb rempah biji @ biji ketumbar.┬áRempah rendam air panas dulu yer then tapis.
  • Kunyit serbuk 1 sdb (jika ada kunyit hidup lagi sedap).
  • Bawang besar 1 biji.
  • Bawang putih 2 biji.
Baca juga :  Resepi Gulai Darat Tulang Lembu yang pekat dan sedap

Ok boleh blend semua sekali bahan kat atas tu.

Untuk bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar ditambah 2 biji bawang putih.
  • 3 tangkai daun kari.
  • Santan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis semua bahan diatas tadi ni sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah yang dah diblendkan tadi. Masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sikit air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan.
  4. Masukkan garam, serbuk perasa dan ikan. Biarkan mendidih sikit.
  5. Akhir sekali, letak bendi dan cili merah. SIAP.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Kak Mas Zaujah Zainuddin. Terima kasih.

Baca juga :  Cara untuk membuat Chicken Grill Ala-Ala GCB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.